Order & Shipping
Halaman ini menerangkan cara membuat order, kaedah bayaran dan bagaimana kerepek sampai kepada anda.
1. Cara order
- Di homepage, pilih perisa (Asli dan/atau Black Pepper) dan kuantiti. 1 pek = 400g.
- Isi nama, nombor telefon, alamat penuh, poskod dan negeri.
- Pilih kaedah bayaran dan tekan butang order.
Setiap order boleh mengandungi 1 hingga 5 pek. Untuk kuantiti lebih besar, hubungi kami di WhatsApp.
2. Kaedah bayaran
- FPX (online banking) dan DuitNow QR: bayar terus semasa order. Order diproses selepas bayaran berjaya.
- COD (bayar bila terima): bayar tunai kepada kurier ketika barang sampai. Sediakan wang tunai yang cukup.
- Pembayaran kad dan e-wallet akan datang.
3. Kawasan penghantaran
Buat masa ini kami hanya menghantar ke Semenanjung Malaysia: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sabah, Sarawak dan Labuan belum diekmaskini buat masa ini.
4. Kos penghantaran
Kos penghantaran dipaparkan pada borang order sebelum anda membayar, bersama diskaun bundle jika ada.
5. Masa pemprosesan dan penghantaran
Order akan dihantar 1-2 hari berkerja.
- Masa pemprosesan: Dalam 24 jam.
- Masa penghantaran: 2–3 hari bekerja selepas dipos, bergantung kawasan dan keadaan kurier.
- Kurier: SPX Express, DHL atau J&T Express.
- Nombor tracking akan dihantar melalui WhatsApp atau emel apabila order dipos.
Tempoh di atas adalah anggaran. Kelewatan boleh berlaku pada musim perayaan atau cuaca buruk atau keadaan kurier.
6. Pembungkusan
Kami membungkus dengan kemas dalam kotak dan balutan bubble wrap untuk mengurangkan risiko hancur semasa penghantaran.
7. Alamat dan penerimaan
- Sila pastikan alamat lengkap dan nombor telefon aktif supaya kurier boleh menghubungi anda.
- Jika penghantaran gagal kerana alamat salah atau tiada penerima, kos hantar semula ditanggung oleh pelanggan.
- Sila periksa barang semasa menerima. Kami galakkan anda merakam video serta gambar ketika membuka kotak untuk memudahkan tuntutan penggantian jika perlu.
8. Masalah dengan order
Jika order anda lewat, hilang atau rosak, hubungi kami dan kami akan bantu. Untuk kerepek hancur, salah atau rosak, sila rujuk Return & Replacement Policy.
9. Hubungi kami
WhatsApp: 017-577 3844 (WhatsApp) · Emel: admin@dapurserona.com
Kemas kini terakhir: 22 September 2026
